Assalamualaikum W.B.T

Rasulullah s.a.w ialah pesuruh Allah dan juga pemimpin kita yang paling agung.Baginda menjadi tauladan yang baik sepanjang zaman kerana baginda mempunyai akhlak yang terpuji.Sayidatina Aisyah berkata;akhlak Rasulullah itu seperti Al-quran.Saudaraku sekalian,hendaklah kita mengasihi Rasulullah S.A.W lebih dari diri kita.Hendaklah kita sentiasa berselawat keatas baginda s.a.w.Justeru itu,marilah kita bersama-sama menyingkap dan menghayati riwayat hidup Rasulullah dan sunnahnya.Moga-moga kita beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.InsyaALLAH...

Wednesday 28 December 2011

Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W

Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai ''Jabal An Nur'' untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa. 


Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira,Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata


''"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."''


Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama ''Al Mushaf'' yang juga dinamakan ''Al-Quran'' (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

No comments:

Post a Comment