Assalamualaikum W.B.T

Rasulullah s.a.w ialah pesuruh Allah dan juga pemimpin kita yang paling agung.Baginda menjadi tauladan yang baik sepanjang zaman kerana baginda mempunyai akhlak yang terpuji.Sayidatina Aisyah berkata;akhlak Rasulullah itu seperti Al-quran.Saudaraku sekalian,hendaklah kita mengasihi Rasulullah S.A.W lebih dari diri kita.Hendaklah kita sentiasa berselawat keatas baginda s.a.w.Justeru itu,marilah kita bersama-sama menyingkap dan menghayati riwayat hidup Rasulullah dan sunnahnya.Moga-moga kita beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.InsyaALLAH...

Wednesday 28 December 2011

Dakwah secara sulit

Setelah dilantik menjadi Nabi dan Rasul dengan turunnya wahyu di gua hira', Rasulullah telah memulakan dakwahnya. Baginda telah menyeru kaumnya meninggalkan perbuatan menyembah berhala dan menyembah Allah yang maha kuasa. Tetapi Rasulullah telah memulakan dakwahnya dengan cara rahsia atau dengan kata lain dengan cara sembunyi-sembunyi. Rasulullah mengambil langkah ini kerana bimbang berlakunya kejutan kepada kaum quraish yang terkenal dengan taasub dan fanatik kepada berhala sembahan mereka. Rasulullah tidak menyebut dakwahnya ketika majlis umum bersama kaum Quraish tetapi mengemukakan dakwahnya kepada kaum kerabat terdekat dan juga kepada mereka yang telah dikenali yang difikirkan dapat menerima seruan dakwahnya.


Mereka yang paling awal memeluk Islam ialah :

1. Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah.
2. Ali bin Abi Talib (kanak-kanak pertama)
3. Zaid bin Harithah
4. Abu Bakar bin Abi Qahafah
5. Uthman bin Affan
6. Zubair bin Al Awwam
7. Abdur Rahman bin Auf
8. Saad bin Abi Waqqas

Mereka semua ini menerima tarbiyah dan bimbingan dari Nabi secara rahsia. Jika mereka hendak melakukan ibadat mereka akan pergi kepinggir Kota Mekah yang terlindung dari pandangan orang arab Mekah.

Apabila bilangan mereka yang telah memeluk Islam menjangkau tiga puluh orang meliputi lelaki dan perempuan, Rasulullah telah memilih rumah Al Arqam bin Abi Al Arqam sebagai tempat berkumpul. Di rumah inilah Rasulullah telah menjalankan bimbingan dan kuliah berkaitan dengan agama Islam. Di dalam tempoh tersebut hasil dakwah Rasulullah telah mencapai bilangan lebih kurang 40 orang lelaki dan perempuan yang telah memeluk Islam. Mereka yang memeluk Islam ini adalah dari golongan fakir miskin, hamba dan mereka yang tidak berkepentingan dari kaum Quraish.

No comments:

Post a Comment