Assalamualaikum W.B.T

Rasulullah s.a.w ialah pesuruh Allah dan juga pemimpin kita yang paling agung.Baginda menjadi tauladan yang baik sepanjang zaman kerana baginda mempunyai akhlak yang terpuji.Sayidatina Aisyah berkata;akhlak Rasulullah itu seperti Al-quran.Saudaraku sekalian,hendaklah kita mengasihi Rasulullah S.A.W lebih dari diri kita.Hendaklah kita sentiasa berselawat keatas baginda s.a.w.Justeru itu,marilah kita bersama-sama menyingkap dan menghayati riwayat hidup Rasulullah dan sunnahnya.Moga-moga kita beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.InsyaALLAH...

Wednesday 28 December 2011

Dakwah secara terang-terangan

Ibn Ishaq berkata, “Orang-orang memeluk Islam secara bergelombang, baik laki-laki maupun wanita, sehingga berita tentang Islam tersebar luas di kota Makkah, dan Islam menjadi bahan pembicaraan. Setelah itu Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan Rasul-Nya menyampaikan Islam dan mengajak manusia secara terang-terangan, menampakkan perintah Allah kepada manusia, sekaligus mengajak mereka kepada-Nya…” 
Ibn Ishaq berkata lagi. “Lalu Allah Swt. berfirman kepada Rasulullah saw:
]فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ[
Sampaikanlah olehmu secara terang-etrangan segala yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang musyrik. (QS al-Hijir [15]: 94).
Allah Swt. juga berfirman:
]وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الأَقْرَبِينَ% وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ% فَإِنْ عَصَوْكَ فَقُلْ إِنِّي بَرِيءٌ مِمَّا تَعْمَلُونَ[
Berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, yaitu orang-orang yang beriman. Jika mereka mendurhakaimu, katakanlah, “Sesungguhnya aku tidak bertanggung jawab terhadap apa yang kalian kerjakan.” (QS asy-Syu’ara [26]: 214-216).
Tatkala Rasulullah saw. memperlihatkan Islam secara terang-terangan kepada kaumnya dan menampakkan perintah Allah kepada mereka secara terbuka, saat itu orang-orang Quraisy tidak mengutuk beliau dan tidak memberikan reaksi, kecuali ketika suatu saat beliau menyebut-nyebut tuhan-tuhan mereka dan menghinanya. Tatkala beliau melakukan hal itu, seketika mereka menjadikan persoalan tersebut sebagai persoalan yang besar; mereka menentangnya.” (Ibn Hisyam, Sîrah an-Nabî, jld. I/274-276).
Pelajaran yang Dapat Dipetik
Pertama, dakwah Islam, maupun dakwah yang menyerukan ideologi tertentu atau mengajak manusia melakukan proses perubahan di tengah-tengah masyarakat  haruslah disampaikan secara terang-terangan, meskipun pada tahap awalnya diserukan secara sembunyi-sembunyi (rahasia).
Tahap dakwah secara terang-terangan adalah tahap yang harus dan wajib dilalui oleh para pengemban dakwah Islam, termasuk harakah dakwah Islam, apapun risikonya. Sebab, target dasar dari dakwah secara terang-terangan ini adalah membongkar berbagai persepsi batil, sistem hukum kufur/thâghût, adat-istiadat sesat, serta perasaan keliru dan telah mendarah daging di tengah masyarakat. Caranya adalah dengan membangun opini umum tentang Islam di tengah-tengah mereka. Dengan begitu, masyarakat akan sadar dan mengerti tentang kesesatan dan kekeliruan yang selama ini mereka praktikkan dan yakini. Pada gilirannya, mereka akan menyingkirkan semua itu seraya membangun persepsi, sistem, kebiasaan, dan perasaan baru yang berdasarkan Islam.
Kedua, firman Allah (QS al-Hijir [15]: 94) di atas menunjukkan perintah untuk menyampaikan Islam secara terang-terangan. Artinya, para pengemban dakwah maupun harakah dakwah Islam tidak bisa memperhalus atau menyembunyikan al-haq di hadapan masyarakat dengan tujuan untuk menghindari kebinasaan atau motivasi buruk lainnya. Sebab, kalimat berikutnya, wa a‘ridh ‘an al-musyrikîn bermakna, berpalinglah dari orang-orang yang memasang halangan/rintangan dalam penyampaian dakwah (tablig), dan jangan lagi mempedulikan mereka (al-Qasimi, Mukhtashar min Mahâsin at-Ta‘wîl, hlm. 267). Dengan kata lain, reaksi negatif masyarakat terhadap dakwah Islam tidak boleh menyurutkan langkah dakwah, apalagi menyimpulkan bahwa ‘isi’ dakwah Islam itu tidak sesuai sehingga perlu dikemas sesuai dengan tuntutan masyarakat.
Ketiga, dari petikan sirah dakwah Rasulullah saw. di atas, ada fenomena menarik, yakni bahwa dakwah secara terang-terangan pada mulanya tidak terlalu diperhatikan oleh masyarakat kafir Quiraisy, karena mereka beranggapan, tidak ada sesuatu yang ‘membahayakan’ ideologi/keyakinan mereka; tidak mengorek-ngorek kedudukan para pemimpin mereka; tidak menggugat kemapanan sistem dan adat istiadat mereka. Namun, Rasulullah saw. kemudian menyampaikan firman Allah Swt.:
]إِنَّكُمْ وَمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللهِ حَصَبُ جَهَنَّمَ أَنْتُمْ لَهَا وَارِدُونَ[
Sesungguhnya kalian dan apa yang kalian sembah selain Allah (berhala) adalah umpan Jahanam; kalian pasti masuk ke dalamnya. (QS al-Anbiya [21]: 98).
Ketika disampaikan ayat di atas, barulah orang-orang kafir Quraisy melakukan penentangan terhadap Rasulullah saw dan para sahabatnya serta dakwah Islam. Sejak saat itu orang-orang kafir mengetahui tujuan dakwah Rasulullah saw, yaitu melakukan perubahan di tengah-tengah masyarakat hingga Islam tegak sebagai sebuah institusi politik, hukum, dan kepemimpinan di dunia. Sejak saat itu pula dimulai pergulatan politik dan pertarungan pemikiran antara Islam dan kekufuran, antara yang haq dan yang batil.
Oleh karena itu, sekali memasuki dakwah secara terang-terangan (dawr al-I‘lan) dan memproklamirkan tentang tujuan-tujuan dakwah serta mengajak masyarakat melakukan perubahan fundamental, langkah dakwah tidak akan dan tidak boleh surut kembali ke belakang. Dakwah secara terang-terangan merupakan tahap dakwah yang paling berat, paling keras, paling menakutkan. Sebab, kebenaran dan kebatilan berhadap-hadapan secara frontal; tidak ada sesuatu yang bisa dikompromikan di antara keduanya. Ini adalah tahap interaksi dan perjuangan (marhalah at-tafâ‘ul wa al-kifâh). Kaum kafir mulai memerangi dakwah Islam dan para pengembannya dengan segala cara.

Dakwah secara sulit

Setelah dilantik menjadi Nabi dan Rasul dengan turunnya wahyu di gua hira', Rasulullah telah memulakan dakwahnya. Baginda telah menyeru kaumnya meninggalkan perbuatan menyembah berhala dan menyembah Allah yang maha kuasa. Tetapi Rasulullah telah memulakan dakwahnya dengan cara rahsia atau dengan kata lain dengan cara sembunyi-sembunyi. Rasulullah mengambil langkah ini kerana bimbang berlakunya kejutan kepada kaum quraish yang terkenal dengan taasub dan fanatik kepada berhala sembahan mereka. Rasulullah tidak menyebut dakwahnya ketika majlis umum bersama kaum Quraish tetapi mengemukakan dakwahnya kepada kaum kerabat terdekat dan juga kepada mereka yang telah dikenali yang difikirkan dapat menerima seruan dakwahnya.


Mereka yang paling awal memeluk Islam ialah :

1. Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah.
2. Ali bin Abi Talib (kanak-kanak pertama)
3. Zaid bin Harithah
4. Abu Bakar bin Abi Qahafah
5. Uthman bin Affan
6. Zubair bin Al Awwam
7. Abdur Rahman bin Auf
8. Saad bin Abi Waqqas

Mereka semua ini menerima tarbiyah dan bimbingan dari Nabi secara rahsia. Jika mereka hendak melakukan ibadat mereka akan pergi kepinggir Kota Mekah yang terlindung dari pandangan orang arab Mekah.

Apabila bilangan mereka yang telah memeluk Islam menjangkau tiga puluh orang meliputi lelaki dan perempuan, Rasulullah telah memilih rumah Al Arqam bin Abi Al Arqam sebagai tempat berkumpul. Di rumah inilah Rasulullah telah menjalankan bimbingan dan kuliah berkaitan dengan agama Islam. Di dalam tempoh tersebut hasil dakwah Rasulullah telah mencapai bilangan lebih kurang 40 orang lelaki dan perempuan yang telah memeluk Islam. Mereka yang memeluk Islam ini adalah dari golongan fakir miskin, hamba dan mereka yang tidak berkepentingan dari kaum Quraish.

Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W

Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai ''Jabal An Nur'' untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa. 


Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira,Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata


''"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."''


Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama ''Al Mushaf'' yang juga dinamakan ''Al-Quran'' (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

Tuesday 27 December 2011

Kelahiran Rasulullah S.A.W

“MAULID AL-RASUL SAW” 
Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah
 sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingatikelahiran paderi ‘ St.. Valentino‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih 
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
 kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, saya berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW. 

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW


BIODATA RASULULLAH SAW
 
· Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
 
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali
 sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah) 
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
 
· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
 
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
 
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
 perempuan bapa Rasulullah SAW) 
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
 
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali
 Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
 
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
 malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di 
dalamnya.


USIA 6 TAHUN
 
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’
 (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) 
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
 dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
 
· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
 
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
 
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
 perniagaan. 
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
 (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
 
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ ,
 jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. 
· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi
 pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
 
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
 binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
 
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
 yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN
 
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
 
· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
 Mekah. 
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke
 tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
 
· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
 akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
 
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu
 Bakar Al-Siddiq. 
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN
 
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
 
§ Khadijah Binti Khuwailid
 
§ Saudah Binti Zam’ah
 
§ ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
 
§ Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
 
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
 
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
 
§ Zainab Binti Jahsy
 
§ Maimunah Binti Harith
 
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
 
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
 
1. Qasim
 
2. Abdullah
 
3. Ibrahim
 
4. Zainab
 
5. Ruqaiyah
 
6. Ummi Kalthum
 
7. Fatimah Al-Zahra’


ANAK TIRI RASULULLAH SAW
 
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
 Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW


IBU SUSUAN


SAUDARA SUSUAN
 
1.. Thuwaibah
 
1. Hamzah
 
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
 
1. Halimah Al-Saidiyyah
 
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
 
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
 
3.. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
 
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
 
1. Al-Harith
 
2. Muqawwam
 
3. Zubair
 
4. Hamzah ***
 
5. Al-’Abbas ***
 
6. Abu Talib
 
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
 
8. Abdul Ka’bah
 
9. Hijl
 
10. Dhirar
 
11. Umaimah
 
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
 
13.. ‘Atiqah ##
 
14. Arwa ##
 
15. Umaimah
 
16. Barrah
 
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***


*** Sempat masuk Islam.
 
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.
 

Sabda Rasulullah SAW:
 
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
 aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )